Tutorial Outright
Tuntutan Emas Fizikal

Selepas selesai semua bayaran, anda boleh tuntut emas fizikal anda.

Sila pastikan anda sudah kemaskini profile dan bank info pada akaun Public Gold anda.

Untuk goldbar 20gram atau 5 dinar ke bawah , tuntut melalui GIT atau postage berinsurans.

Bagi goldbar 50gram atau 10 dinar ke atas , tuntut melalui kaedah manual.

GOLD-IN-TRANSIT (GIT)

GIT adalah kaedah penghantaran emas terus ke rumah anda melalui postage berinsurans.

Untuk goldbar dengan berat 20 gram atau 5 dinar dan ke bawah , penghantaran akan dilakukan melalui GIT.

Caj penghantaran hanya RM10 bagi semenanjung dan RM20 bagi Sabah & Sarawak bagi setiap bungkusan (had berat bagi setiap bungkusan adalah 21.25 gram)

Sekiranya berlaku kehilangan semasa proses penghantaran, maklumkan kepada Public Gold melalui customer service dan goldbar baru akan dihantar kepada anda.

Proses tuntutan insurans ke atas goldbar anda yang hilang akan diuruskan Public Gold.

Proses penghantaran goldbar kepada anda akan mengambil masa selewat-lewatnya 15 hari bekerja (kebiasaannya hanya mengambil masa seminggu)

SEMAKAN 'TRACKING NUMBER'

Tracking number akan diupdate dalam tempoh 3 hari bekerja dan proses penghantaran akan mengambil masa selewat-lewatnya 15 hari bekerja.

Untuk semakan tracking number, ikut langkah-langkah berikut.

MANUAL - TUNTUTAN DI CAWANGAN PUBLIC GOLD

Bagi emas fizikal dengan berat 50 gram atau 10 dinar dan ke atas , anda perlu datang ke mana mana cawangan terdekat kerana had insurans bagi GIT hanyalah 20 gram atau 5 dinar sahaja.

Perkara yang anda perlu lakukan sebelum hadir ke cawangan pilihan anda adalah :

  • Tetapkan temujanji kehadiran melalui website rasmi atau aplikasi Public Gold.
  • Sila hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan dan bawa bersama kad pengenalan anda.

CARA TETAPKAN MASA UNTUK TEMUJANJI KEHADIRAN

Video Tutorial

Nak Mulakan Simpanan Emas?

Mulakan Simpanan Emas Sekarang

Klik butang di bawah untuk hubungi saya sekiranya anda ada persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum memulakan simpanan emas.

Vionnie Lazarus

Priority Dealer Public Gold

PG01050963

© by G100 Network Sdn. Bhd.
202101010487 (1410786D)
Penafian : Website ini dimiliki oleh dealer rasmi Public Gold di bawah G100 Network, dan bukan website rasmi Public Gold Marketing Sdn. Bhd.