Adakah Anda...
Jika anda ada masalah di atas, anda wajib baca sampai habis. Simpanan emas mungkin boleh menyelesaikan masalah anda.
Duit Simpanan Tak Bocor
Simpan, korek, simpan, korek! Akhir sekali jumlah simpanan tak ke mana! Itulah masalah bila simpan duit.
Bila nampak nombor dalam akaun bank, mesti otak kita ligat berfikir nak berbelanja. Memang itulah naluri manusia pada duit.
Duit memang untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan.
Itulah sebab kenapa banyak orang sudah cuba pelbagai teknik menyimpan, tapi bila nampak nombor (duit), akhirnya duit itu dibelanjakan juga!
Ia berbeza dengan emas. Bila simpan emas, otak kita tak akan fikir untuk berbelanja. Kita tak akan menjualnya, melainkan untuk tujuan yang benar-benar mendesak ataupun menguntungkan!
Jumlah Simpanan Cepat Bertambah
Bila sudah mula simpan emas, anda akan alami satu ‘masalah’, iaitu ketagih untuk tambah simpanan emas lagi dan lagi. Emas ada auranya tersendiri.
Ini kerana emas adalah logam yang sangat cantik. Tuhan jadikan naluri manusia memang sukakan emas. Seronok mengumpulnya dan tak nak membelanjakannya!
Hingga Tuhan mewajibkan zakat bagi penyimpan emas (bila cukup haul dan nisab).
Jadi itulah rahsia kenapa jumlah simpanan akan berganda dengan cepat, di luar jangkaan mereka yang baru pertama kali menyimpan emas!
Naluri manusia pada emas adalah untuk disimpan dan dikumpul lagi dan lagi. Bukan untuk dibelanjakan.
Simpanan Bertahan Dari Inflasi
Tahukah anda, jika simpan duit di bank, dividen tahunan yang kita dapat hanyalah sekitar 5% sahaja setiap tahun. Bahkan dividen semakin lama semakin menurun. Sedangkan harga barang keperluan naik lebih 10% setiap tahun!
Ini bermaksud, kekayaan kita dirompak setiap tahun tanpa kita sedar (oleh inflasi). Dan itulah sebab kenapa orang sentiasa merungut tentang harga barang semakin mahal.
Rungutan itu sebenarnya bukan hanya pada hari ini, tapi sejak zaman ibubapa dan datuk nenek kita lagi! Inflasi itu merompak kekayaan kita dalam diam…
Tahukah anda, kenaikan harga emas secara puratanya sekitar 10% setahun berdasarkan sejarah 20 tahun harga emas?
Tahukah anda, syiling emas 1 dinar (seberat 4.25 gram) mampu membeli seekor kambing sejak 1,400 tahun yang lalu hingga sekarang?
Ini bermaksud, bila menyimpan emas, anda tak perlu bimbang lagi simpanan anda dirompak oleh inflasi.
https://www.sinarharian.com.my/article/174448/BERITA/Nasional/Roti-Gardenia-naik-harga-bermula-1-Disember-ini
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/800701/pengguna-mengeluh-harga-telur-naik
https://goldprice.org/gold-price-history.html
Adakah perlu duit simpanan ditukarkan kepada emas semuanya?
Jawapannya “tidak”.
Duit yang nak digunakan dalam jangkamasa terdekat, simpanlah dalam akaun bank (wang kertas). Tapi untuk simpanan jangka panjang (2 tahun dan ke atas), simpanlah dalam bentuk emas.
Jika nak gunakan duit, anda tak perlu bimbang. Ada emas maksudnya ada duit.
Pernah tak anda dengar, barang kemas isteri itulah yang jadi penyelamat di saat kecemasan?
Ya, itulah emas. Bila berlaku kecemasan, anda boleh dapatkan wang tunai segera. Jual atau pajak sahaja di mana-mana ar-rahnu terdekat dengan anda.
Bila anda ada emas, maksudnya anda ada duit. Beli emas, bukan habiskan duit. Tetapi anda hanya tukarkan sahaja duit anda kepada bentuk yang lebih baik, iaitu emas.
https://www.arrahnuyapeim.net/buletin/ramai-gadai-barang-kemas-tampung-belanja-sara-hidup
https://ohbulan.com/anak-nak-exam-pakai-laptop-wanita-rela-gadai-rantai-emas-ibu-terpaksa-korbankan
Orang dulu-dulu simpan emas dalam bentuk barang kemas. Selain dijadikan perhiasan, barang kemas itu juga adalah simpanan yang akan digunakan bila berlaku kecemasan.
Tetapi sekarang, ada cara yang lebih menguntungkan kalau nak menyimpan emas. Iaitu dalam bentuk jongkong emas atau dinar (syiling emas)!
Kalau tujuan anda nak berhias, belilah barang kemas. Tapi kalau untuk simpanan, belilah gold bar ataupun dinar. Selain harga per gram lebih murah, spreadnya (‘susut nilai’) sangat rendah - kurang 10%.
Emas sesuai untuk simpanan jangka masa panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Public Gold menawarkan beberapa kaedah belian emas mengikut kesesuaian bajet dan keselesaan anda:
Bajet bawah RM1,000?
Kaedah paling baik ialah AKAUN EMAS GAP (Gold Accumulation Program).
Boleh mula serendah RM100. Bila cukup gram emas dalam akaun, anda boleh keluarkan emas fizikal sekecil 1 gram (ketulenan 999.9).
Bajet lebih RM1,000?
Kalau anda nak Public Gold simpankan emas anda secara PERCUMA, cara terbaik ialah beli melalui Akaun Emas GAP.
Tetapi kalau anda nak beli dan terus simpan sendiri, beli melalui kaedah BAYARAN PENUH. Boleh mulakan item sekecil 1 dinar (4.25 gram, emas ketulenan 999.9)
Nak paksa diri menyimpan?
Kalau anda nak paksa diri menyimpan emas dengan bajet minimum RM200 setiap bulan, boleh pertimbangkan belian melalui kaedah EASY PAYMENT PURCHASE (EPP).
Klik butang di bawah untuk hubungi saya sekiranya anda ada persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum memulakan simpanan emas.
Priority Dealer Public Gold
PG01050963